MOHD Maarof bersama replika kunci kereta yang dimenangi dalam cabutan bertuah di MAPS, Ipoh. FOTO Farah Suhaidah Othman
MOHD Maarof bersama replika kunci kereta yang dimenangi dalam cabutan bertuah di MAPS, Ipoh. FOTO Farah Suhaidah Othman
Farah Suhaidah Othman


PROTON Iriz 1.6 menjadi seorang guru yang kali pertama berkunjung ke taman tema animasi Movie Animation Parks Studios (MAPS) apabila memenangi cabutan bertuah sempena program 'Malaysiaku Merdeka with Boboiboy'.

Mohd Maarof Mohd Zakaria, 36, membawa pulang kereta berharga RM42,000 itu selepas enam jam menghabiskan masa berhibur di taman tema itu bermula jam 6 petang semalam.

“Memang saya sengaja tunggu sampai detik tengah malam untuk menanti acara cabutan bertuah, manalah tau kalau-kalau nama saya terpilih.

“Apabila nama diumum sebagai pemenang, saya rasa bagai tidak percaya kerana setiap kali menyertai mana-mana cabutan bertuah, saya tidak pernah terpilih dan kalau menang pun tidak mendapat hadiah seperti ini.

“Inilah malam paling bermakna buat saya, nama terus terpilih dan dapat sebuah kereta,” katanya.

Selain hadiah utama, dua lagi pengunjung bertuah yang menghadiri program itu turut membawa pulang televisyen 32 inci.

Hadiah disampaikan Menteri Besar Perak Ahmad Faizal Azumu yang turut meluangkan masa menonton konsert dan melihat pertunjukan bunga api.

Program dibanjiri 10,000 pengunjung itu dimeriahkan dengan persembahan selebriti tanah air termasuk Syamel, Sona One, Joe Flizzow dan Kugiran Masdo dengan MAPS membuat promosi harga tiket masuk hanya RM30 untuk program berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 September 2018 @ 4:56 PM