Vivo Malaysia

Selepas Piala Dunia FIFA 2018 yang tamat Julai lalu, kini Vivo Malaysia menjadi penaja utama konsert Big Stage yang berlangsung di Dewan Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, setiap Ahad sejak 5 Ogos lalu.

Ternyata program sukan dan hiburan menarik minat Vivo untuk menjadi penaja sebelum ini seperti Akademi Fantasia, Akademi Fantasia Megastar dan KL Fashion Week 2017. Apakah yang menarik minat mereka untuk menyertai program ini?

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata Vivo ialah satu jenama yang mementingkan Fesyen, Teknologi & Antarabangsa dan pihaknya mengikut arah ini sebagai semangat jenama.

“Dengan menyertai dan menaja program seperti Big Stage, Vivo dapat membawa semangat sendiri kepada penonton dan penggunanya untuk menyuarakan kualiti Fesyen, Teknologi & Antarabangsa.

“Konsert Big Stage diadakan selama lapan minggu untuk memilih juara pertandingan yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai RM100,000 beserta trofi,” katanya.

Bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104) dan Ria HD (123) sejak 5 Ogos lalu, Big Stage menyaksikan persaingan 10 artis muda, Tajul, Ariff Bahran, Syafiq Farhain, Andi Bernadee, Afieq Shazwan, Fara Hezel, Sissy Imann, Wani Kayrie, Sarah Suhairi dan Baby Shima.

Pada konsert minggu keempat Ahad lalu menyaksikan Sissy Iman tersingkir manakala tujuh peserta lain, Tajul, Ariff, Syafiq, Afieq, Wani, Sarah dan Baby Shima masih kekal untuk meneruskan perjuangan.

Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan bergandingan bersama dua juri tetap, Datuk Seri Siti Nurhaliza dan Faizal Tahir.

Selaku penaja utama Big Stage, Vivo mengetengahkan model terbaru, Vivo Nex iaitu satu jenama telefon pintar yang berkualiti dengan teknologi terkini untuk memberi peluang kepada pengguna menikmati telefon yang mempunyai rekaan kamera hadapan tersembunyi yang pertama di dunia.

Dengan rekaan kamera hadapan tersembunyi, menjadikan design Vivo Nex sangat unik berbanding telefon pintar lain di pasaran hari ini dan dijual pada harga RM2,799.

Produk ini menampilkan 'Experience Gaming Mode' yang memberi kepuasan kepada penggemar permainan mobil.

Rekaan skrin yang luas tanpa sebarang butang menambahkan lagi keselesaan pengguna untuk bermain permainan mobil kegemaran mereka.

Teknologi rekaan Vivo Nex ternyata lebih moden dan unggul berbanding model telefon pintar lain yang terdapat di pasaran.

Sementara itu, teaser produk terbaru Vivo, V11 disiarkan di Facebook Vivo Malaysia. Telefon pintar ini dipercayai akan datang dengan Pengimbas Cap Jari Pada Skrin dan juga tertiris dengan rekaan skrin bertakuk kecil “titisan Halo”.

Teknologi Pengimbas Cap Jari Pada Skrin ini kali pertama diperkenalkan oleh Vivo pada telefon pintar mereka. Info lanjut di website Vivo di www.vivo.com/my atau Facebook Vivo Malaysia.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 30 Ogos 2018 @ 8:59 AM