Muhamaad Razis Ismail


VIVO sebagai sebuah jenama telefon pintar terkemuka berjaya mencatatkan sejarah tersendiri apabila diiktiraf sebagai pengeluar peranti yang paling pantas berkembang di Malaysia, tahun lalu.

Berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh syarikat pengeluar data bebas Canalys, Vivo berkembang sebanyak 41 peratus dalam kalangan pemain pasaran 2019.

Berdasarkan carta itu juga, Vivo diiktiraf sebagai antara tiga vendor telefon pintar terbaik di negara ini apabila berjaya menguasai 17 peratus pasaran.

Vivo sebagai sebuah syarikat teknologi terkemuka sentiasa berusaha membangunkan perantinya dengan teknologi canggih untuk terus berkembang.


Sepanjang tahun 2019, Vivo Malaysia melancarkan pelbagai siri telefon pintar untuk pelbagai lapisan pengguna termasuk siri V berkelajuan tinggi iaitu V15, V15 Pro, V17 dan V17 Pro, siri 'youthful' dan 'trendsetting' iaitu S1 dan S1 Pro, diikuti dengan siri prestasi premium, NEX3. Vivo akan mengeluarkan lebih banyak model hebat dengan menawarkan kelajuan pemprosesan sangat baik, jangka hayat bateri lama dan paparan telefon yang sempurna.

Vivo NEX3 yang disokong 5G menjadi sebagai salah satu telefon pintar paling terkenal yang dilancarkan di Malaysia pada 2019. Bagaimanapun, NEX3 hanya akan diaktifkan sehingga band 5G dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Telefon ini menggunakan Qualcomm Snapdragon 855 Plus Mobile Platform yang mampu memacu prestasi peranti supaya lebih kuat dan tahan lama.


Vivo sebagai sebuah syarikat teknologi terkemuka sentiasa komited menghasilkan produk dan perkhidmatan mudah alih.

Vivo memberi tumpuan untuk membentuk ekosistem Internet mudah alih yang dinamik. Dengan memiliki dan mengendalikan rangkaian operasi penyelidikan yang luas menerusi pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) di San Diego, Dongguan, Shenzhen, Nanjing, Beijing dan Hangzhou, kami memberi tumpuan kepada pembangunan teknologi termasuk 5G, AI, fotografi mudah alih dan reka bentuk telefon pintar generasi akan datang.


Vivo memiliki lebih 200 juta pengguna yang sangat gembira menggunakan produk dan perkhidmatan mudah alih kami di seluruh dunia. Vivo berada di 18 pasaran di seluruh dunia dan menampilkan peruncit di lebih 1,000 bandar di seluruh dunia.

Maklumat lanjut mengenai telefon pintar kami boleh didapati di www.vivo.com/my.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 2 Mac 2020 @ 2:44 PM