Bintang Minggu Ini yang turut menampilkan Wany Hasrita bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).
Bintang Minggu Ini yang turut menampilkan Wany Hasrita bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Kuala Lumpur: Kehangatan hiburan untuk seisi keluarga pada hujung minggu kini diteruskan dengan program Bintang Minggu Ini yang dibawakan eksklusif oleh Vivo Malaysia.

Bintang Minggu Ini yang bersiaran setiap Ahad, jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123), menampilkan persembahan menarik daripada penyanyi popular Malaysia terutamanya budak baru nak up (BBNU) daripada program Big Stage.

Antara artis yang ditampilkan adalah Siti Sarah, Mark Adam, Wany Hasrita, Tajul, Haqiem Rusli, Suffian Suhaimi, Syamel, Ernie Zakri, Khai Bahar, Ara Johari, Siti Nordiana dan Misha Omar. Program santai terbaru itu dihoskan pelawak dan pengacara terkenal, Jihan Musa.

Sepanjang lapan episod bersiaran, penonton disajikan dengan persembahan mantap serta mengetahui kisah menarik penyanyi pujaan ramai berkenaan menerusi temubual yang dilakukan oleh Jihan.

Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia, Mike Xu, berkata Vivo ialah jenama yang mementingkan fesyen, teknologi dan antarabangsa lalu bertindak mengikut arah ini sebagai semangat jenamanya.

25-megapixel kamera hadapannya membolehkan pengambilan swafoto yang jelas.
25-megapixel kamera hadapannya membolehkan pengambilan swafoto yang jelas.

“Dengan menyertai dan menaja program seperti Bintang Minggu Ini, Vivo dapat menyampaikan semangatnya kepada penonton dan pengguna untuk menyuarakan kualiti fesyen dan teknologi pada jenama kita yang bertahap antarabangsa ini.

“Sebelum ini Vivo pernah menjadi penaja program sukan dan hiburan seperti Big Stage, Akademi Fantasia, Akademi Fantasia Megastar dan KL Fashion Week 2017,” katanya.

Sementara itu, Vivo kini tampil dengan Vivo V11i, telefon pintar dijana dengan cip pemproses MediaTek Helio P60, memori 4GB RAM dan storan sebesar 128GB yang dijual pada harga RM1,099. Ia juga dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air.

V11i warna merah jambu yang digandingkan dengan kamera kecerdasan buatan (AI) bagi gambar lebih tepat dan reka bentuk futuristik.
V11i warna merah jambu yang digandingkan dengan kamera kecerdasan buatan (AI) bagi gambar lebih tepat dan reka bentuk futuristik.

Ia juga dilengkapi skrin 6.3-inci LTPS FHD+ dengan rekaan takuk kecil berbentuk titisan air. Untuk spesifikasi kamera utama peranti, Vivo V11i menggunakan dwi-kamera gabungan 16-megapixel + 5-megapixel sekaligus dapat menghasilkan gambar bokeh yang baik.

Tambah mengujakan, kamera hadapan peranti pula hadir dengan 25-megapixel di mana ia amat sesuai untuk pengambilan swafoto yang jelas.

Tidak perlu bimbang dengan jangka hayat bateri kerana diperkuasa dengan bateri berkapasiti 3315mAh dan turut dibekalkan dengan sokongan pengecasan pantas 18W dan pengimbas cap jari yang diletakkan pada bahagian belakang peranti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 November 2018 @ 3:45 PM