ABDULLAH. FOTO NSTP
ABDULLAH. FOTO NSTP
Wartawan NSTP


BEKAS Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi, hadir pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Anggota Jemaah Menteri 2018 di Kompleks Seri Perdana di Putrajaya, hari ini.

Beliau dilihat memakai baju Melayu rona biru lengkap bersamping songket serta memakai songkok.

Selain itu, turut kelihatan pada majlis sambutan Aidilfitri berkenaan ialah bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat serta veteran UMNO, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Bagaimanapun, mereka tidak menyertai Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, di pentas utama untuk bersalaman dengan pengunjung.

Pada masa sama, usaha pihak media untuk mendapatkan komen Abdullah juga tidak berhasil dan beliau dilihat hanya tersenyum.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 Jun 2018 @ 4:16 PM