WILLIAMSON memeriksa Kawalan Kehormatan Utama semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Mohamad di Wisma Pertahanan, hari ini. FOTO BERNAMA
WILLIAMSON memeriksa Kawalan Kehormatan Utama semasa mengadakan pertemuan dengan Menteri Pertahanan Mohamad di Wisma Pertahanan, hari ini. FOTO BERNAMA
BERNAMA

MENTERI Pertahanan, Mohamad Sabu hari ini menerima kunjungan hormat Menteri Pertahanan United Kingdom Gavin Williamson di Wisma Pertahanan, di Kuala Lumpur.

Ketibaan Williamson pada 8.50 pagi disambut dengan kawalan kehormatan utama membabitkan 108 pegawai dan anggota daripada Rejimen Pertama Askar Melayu Diraja yang diketuai Mejar Mohd Izhan Ahmad Rashidi.

Kunjungan kali pertama ke atas Mohamad itu antara lain bertujuan memperkukuhkan hubungan dua hala antara kedua-dua negara serta bertukar pandangan dan perkongsian maklumat bagi kebaikan serantau.

Turut hadir, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor; Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Zulkiple Kassim; Panglima Tentera Laut Laksamana Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin dan Panglima Tentera Udara Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 31 Mei 2018 @ 10:52 AM