ANGGOTA bomba mengalihkan serpihan dinding pemisah di tempat letak kenderaan yang runtuh, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
ANGGOTA bomba mengalihkan serpihan dinding pemisah di tempat letak kenderaan yang runtuh, hari ini. FOTO Ihsan JBPM
Nurul Hidayah Bahaudin


ENAM kereta rosak berikutan dinding pemisah blok di tempat letak kenderaan runtuh dalam kejadian di Pangsapuri Permai, Jalan Tropicana Selatan, PJU 3, Petaling Jaya, hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 4.56 petang.

Katanya, seramai enam pegawai dan anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seksyen 7 dikerahkan ke lokasi.

“Sebaik tiba di lokasi, kami mendapati dinding pemisah blok terbabit runtuh, dan menghempap enam kereta yang diletakkan di kawasan berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, tiada mangsa cedera dalam kejadian itu.

Difahamkan, kejadian itu menyebabkan berlaku keretakan di tempat letak kenderaan terbabit dan laluan sekitarnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 30 Mei 2018 @ 8:22 PM