ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mangsa yang terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, malam tadi. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


WANITA terjatuh ke dalam perigi di rumahnya di Kampung Timah SKC, Bukit Beruntung, Kuala Kubu Bharu, malam tadi.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu, 10.31 malam.

"Seramai 13 pegawai dan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikerahkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami mendapati mangsa, Rajaswari Subraniam, 45, terjatuh ke dalam perigi sedalam lima meter itu.

"Kami mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa dari perigi berkenaan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Alimaddia berkata, ketika kejadian, mangsa sedang mengambil air dari dalam perigi itu sebelum dipercayai tergelincir.

"Kejadian itu menyebabkan mangsa cedera di bahagian kaki.

"Wanita terbabit kemudian dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Mei 2018 @ 7:54 AM