Anggota bomba menyelamatkan mangsa. FOTO ihsan bomba
Anggota bomba menyelamatkan mangsa. FOTO ihsan bomba
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


SEORANG wanita cedera di kaki selepas kereta dipandu melanggar rumah jiran di Taman Lestari Putra, Seri Kembangan, 9.47 pagi hari ini.

Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Alimaddia Bukri berkata, Proton Saga yang dipandu mangsa dipercayai mengalami kerosakan pada pedal minyak.

"Kenderaan dipandu mangsa kemudian terbabas sebelum melanggar tiang rumah jirannya.

"Mangsa yang tersepit menghubungi bomba dan dikeluarkan kira-kira 10 minit kemudian," katanya.

Alimaddia berkata, mangsa diberikan rawatan kecemasan oleh bomba sebelum dihantar ke Hospital Serdang untuk tindakan lanjut.

"Mangsa mengalami kecederaan di kaki kanan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 5 September 2017 @ 6:09 PM