AHMAD Bashah  (tiga dari kanan) melawat gerai jualan ikan pada Program Jualan Runtuh di Tapak Kanji, Taman Wira Mergong.
AHMAD Bashah (tiga dari kanan) melawat gerai jualan ikan pada Program Jualan Runtuh di Tapak Kanji, Taman Wira Mergong.
Aizat Sharif

Alor Setar: Teruja mendekati pengundi, tiga calon pakatan pembangkang mencetus situasi janggal apabila tiba-tiba muncul pada majlis dirasmikan Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Selain calon PKR bagi Parlimen Alor Setar, Chan Ming Kai, dua lagi ialah calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Alor Mengkudu, Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi dan DUN Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh.

Kehadiran mereka mengejutkan 1,000 hadirin pada Majlis Jualan Amal anjuran Sekolah Menengah Persendirian Sin Min di sini, semalam, sehingga wakil sekolah yang sedang menyampaikan ucapan di pentas berhenti seketika.

Majlis bagaimanapun diteruskan semula selepas mereka selesai bersalaman dengan Ahmad Bashah yang juga calon BN bagi DUN Suka Menanti, selain calon BN Parlimen Alor Setar, Datuk Yoo Wei How.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mei 2018 @ 9:02 AM