PERDANA Menteri yang juga calon BN Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan para penyokong selepas majlis pengumuman rasmi dibuat oleh SPR pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Astaka Pekan. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
PERDANA Menteri yang juga calon BN Parlimen Pekan, Datuk Seri Najib Razak beramah mesra dengan para penyokong selepas majlis pengumuman rasmi dibuat oleh SPR pada Hari Penamaan Calon Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Astaka Pekan. FOTO NSTP/OSMAN ADNAN
Hidir Reduan dan Nik Sukry Ramli


KERUSI Parlimen Pekan yang disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sejak 1976 menyaksikan pertandingan empat penjuru pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Najib dicabar ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Mohamad Zahid Md Arip yang mewakili PKR; Naib Yang Dipertua PAS Pekan, Kapten (B) Athiatudin Daud dan ahli perniagaan dari Johor yang bertanding sebagai calon Bebas, Datuk Abd Kadir Sainuddin.

Pengumuman rasmi senarai calon itu dilakukan Pengarah Pilihan Raya Bahagian Pekan, Mohd Yusli Ibrahim Mohd Yunus di Padang Arena Mahkota, dekat sini, hari ini.

Kira-kira 6,000 penyokong parti bertanding berkumpul di padang itu sejak jam 7 pagi tadi.

Sementara itu, empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Parlimen Pekan pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru.

Kerusi DUN Pulau Manis menyaksikan penyandangnya, Datuk Khairuddin Mahmod (BN) dicabar calon PAS, Kapten (B) Zainuddin Noh dan calon PKR, Abu Bakar Lebai Sudin.

Untuk kerusi DUN Peramu Jaya pula, Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali dicabar Datuk Salim Abdul Majid (PKR) dan Abu Kassim Manaf (PAS).

Kerusi DUN Bebar, BN diwakili penyandang kerusi itu, Datuk Mohd Fakhruddin Mohd Ariff berdepan calon PAS, Mohd Nazhar Othman dan Afif Syairol Abdul Rahim (PKR).

Bagi kerusi DUN Chini, penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun bakal dicabar Mohd Fadhil Noor Abdul Karim (PAS) dan Mohamad Razali Ithnain (PKR).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 28 April 2018 @ 2:59 PM