TIAP Ooi Ah Chuan berlari untuk menundi di SK Tambun Tulang. FOTO Azhar Ramli
TIAP Ooi Ah Chuan berlari untuk menundi di SK Tambun Tulang. FOTO Azhar Ramli
Muhammad Mustakim Ramli


HANYA kerana terlajak tidur, seorang pengundi hampir terlepas daripada menunaikan tanggungjawab untuk mengundi, hari ini.

Tiap Ooi Ah Chuan, 56, tiba di pusat mengundi di Sekolah Kebangsan (SK) Tambun Tulang, Arau, 15 minit sebelum berakhirnya masa mengundi.

“Saya terjaga sahaja dari tidur tengok jam dah 4.20 petang... terus bergegas ke sini.

“Nasib baik sempat kalau tidak menyesal kerana pilihan raya hanya lima tahun sekali.

“Ini semua demi Malaysia... lambat macam mana pun kena berusaha juga untuk mengundi,” katanya yang tinggal di Kampung Siam, Jejawi.

Beliau adalah antara individu terakhir yang mengundi bagi Parlimen Arau dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tambun Tulang di pusat pengundian berkenaan.

Antara calon yang bertanding bagi kerusi Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dari Barisan Nasional (BN), Hashim Jasim dari PAS dan Prof Madya Datuk Dr Abdul Rahman Daud dari PKR.

Bagi kerusi DUN pula, Datuk Ismail Kassim dari BN, Dr Abu Bakar Ali dari PAS dan Maton Din dari PKR.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 9 Mei 2018 @ 6:22 PM