MAZLAN  (tiga dari kanan) bersama anggota melawat dan memberi sumbangan kepada  Abdul Rani.
MAZLAN (tiga dari kanan) bersama anggota melawat dan memberi sumbangan kepada Abdul Rani.
HM Digital

Kuantan: “Walaupun lumpuh dan tidak mampu bercakap dengan baik, dia masih bertanya hal kampung dan ingin ke surau untuk bersolat bersama orang kampung.”

Itu kata Noraini Ibrahim, 67, isteri kepada bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan d an Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Tengah, Abdul Rani Awang, 71, yang kini terlantar akibat angin ahmar sejak Oktober lalu.

Bagaimanapun, dia tidak mengizinkan suaminya berbuat demikian kerana keadaan kesihatannya masih tidak stabil.

Katanya, sejak itu, dia bertungkus-lumus menguruskan segala keperluan suaminya termasuk menemaninya ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) bagi mendapatkan rawatan.

“Suami saya lumpuh separuh badan dan tidak mampu berkomunikasi dengan baik. Dalam keadaan begini, dia tetap ingat penduduk kampung dan jirannya.

“Pernah dia minta saya menyiapkannya untuk ke surau kerana ingin bertemu penduduk kampung tetapi saya tidak izinkan,” kata ibu kepada enam anak.

Abdul Rani yang berkhidmat sebagai Pengerusi JKKK Kampung Tengah antara 1995 hingga 2000 diserang angin ahmar di bilik tidur dan doktor memaklumkan ia akibat darah tinggi dihidapinya sebelum ini.

Sumbangan disampaikan Timbalan Ketua UMNO Bahagian Indera Mahkota Datuk Mazlan Mat Rashid.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 Mac 2018 @ 10:59 AM