ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan maut dalam nahas, semalam.
ANGGOTA bomba mengeluarkan mangsa kemalangan maut dalam nahas, semalam.
HM Digital

Bintulu: Selang 72 jam, satu lagi kemalangan maut membabitkan kenderaan berat diletak di bahu jalan tanpa mengikuti prosedur keselamatan berlaku jam 1.41 pagi, semalam.

Dalam kejadian itu, pemandu lori, Phang Chang Piaw, 67, maut selepas kenderaan dipandunya merempuh sebuah lori yang diletak di bahu jalan berhampiran Simpang Bakun. Phang dan tercampak daripada lori dipandu akibat kesan perlanggaran serta disahkan mati di lokasi akibat parah di kepala.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bintulu Mohd Meramit ketika dihubungi memaklumkan terdahulu, mangsa dalam perjalanan ke Miri.

“Mangsa yang tercampak melalui cermin depan lori terperosok di bawah kenderaan dirempuh.

“Lima anggota diketuai Stephen Plen bersama sebuah jentera dari dari Balai Bomba dan Penyelamat Samalaju dikejarkan ke lokasi.

“Kami menggunakan kaedah beg udara bagi mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di bawah lori sebelum dihantar ke Hospital Bintulu untuk tindakan lanjut,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Februari 2018 @ 6:35 AM