GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Rosliza Mohamed


MURID lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama lima rakannya di Pantai Sabak, Kota Bharu, 2.15 petang, hari ini.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Pegawai Bomba Kanan II Mohd Shamsudin Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 2.30 petang.

Beliau berkata, empat anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dikejarkan ke lokasi kejadian bagi melakukan tugas mencari dan menyelamat murid tahun empat itu.

"Sehingga kini, mangsa masih belum ditemui.

"Kami difahamkan mangsa bersama beberapa rakannya sedang mandi di pantai itu sebelum lemas," katanya di Kota Bharu, hari ini.

Menurutnya, gerakan mencari sedang dilakukan di pantai berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 16 Oktober 2017 @ 4:12 PM