Remaja lelaki ditemui lemas oleh penduduk kampung di Sungai Pasir Tumboh, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Remaja lelaki ditemui lemas oleh penduduk kampung di Sungai Pasir Tumboh, hari ini. FOTO ihsan pembaca
Siti Nor Hidayatidayu Razali


REMAJA lelaki ditemui lemas selepas mandi bersama dua rakan di Sungai Pasir Tumboh, Kota Bharu, hari ini.

Mangsa, Ahmad Lukman Hakim Osman, 14, ditemui pada 6.49 petang oleh penduduk kampung.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu Pegawai Bomba Kanan II Che Ismadi Mohamad Taib berkata, mangsa ditemui dalam jarak tiga meter dari lokasi dia lemas.

Katanya, mangsa pertama kali mandi di sungai itu sebelum lemas pada 5.45 petang kerana air di kawasan itu terlalu dalam.

"Rakan mangsa bersama penduduk cuba mencari sebelum menghubungi pihak kita pada 6.33 petang.

"Sebaik menerima panggilan, seramai lapan anggota dari Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit Skuba Bomba bergegas ke lokasi kejadian.

"Ketika sampai, mangsa sudah ditemui oleh penduduk kampung yang menyertai operasi mencari dan menyelamat.

"Kita serahkan mangsa kepada pihak polis untuk dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II)," katanya ketika dihubungi.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 25 September 2017 @ 9:21 PM