ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Balak, Batang Kali, hari ini. FOTO ihsan BOMBA
ANGGOTA bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas mandi di Sungai Balak, Batang Kali, hari ini. FOTO ihsan BOMBA
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Disedut air berpusar dipercayai menjadi punca seorang pemuda lemas ketika mandi di Sungai Balak, Batang Kali di sini, tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.31 petang sebelum sepasukan lapan anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Mangsa dikenali sebagai Ashraff Saari, 23. Dia dikatakan lemas ketika mandi di sungai itu bersama lima rakannya," katanya tadi.

Norazam berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa masih dilakukan anggotanya.

Katanya, ketika ini Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dalam perjalanan ke lokasi bagi bantuan mencari mangsa yang masih hilang.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 September 2021 @ 7:57 PM