Gambar hiasan anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap dalam lif.
Gambar hiasan anggota bomba menyelamatkan mangsa terperangkap dalam lif.
Mohd Helmi Irwadi Mohd Nor


SEORANG wanita berusia 25 tahun cemas sebaik terperangkap dalam lif selama 30 minit di Bangunan Fakulti Makmal Pelbagai Guna, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai pada hari ini.

Ketua Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Nilai, Mohd Syazwan Saidy berkata, dalam kejadian 9.20 pagi, wanita itu meraung meminta tolong dan didengari pengawal keselamatan berusia 52 tahun.

Katanya, panggilan dibuat terhadap pihak bomba pada jam 9.52 pagi menyebabkan sepasukan anggota ke lokasi.

"Pihak kami memerlukan lima minit untuk membuka pintu lif terbabit sebelum mangsa diselamatkan. Wanita itu tidak cedera atau berdepan masalah kesihatan akibat kejadian," katanya.

Mohd Syazwan berkata, mangsa terperangkap di tingkat satu ketika mahu turun ke tingkat bawah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 September 2017 @ 3:24 PM