ASAP tebal di Rakhine, Myanmar boleh dilihat di kuala Sungai Naf, Bangladesh.
ASAP tebal di Rakhine, Myanmar boleh dilihat di kuala Sungai Naf, Bangladesh.
PENDUDUK membawa barangan milik mereka ketika berpindah ke kampung lain di Maungdaw, Rakhine.
PENDUDUK membawa barangan milik mereka ketika berpindah ke kampung lain di Maungdaw, Rakhine.
KEADAAN rumah di sebuah kampung yang terbakar di utara Rakhine, Myanmar.
KEADAAN rumah di sebuah kampung yang terbakar di utara Rakhine, Myanmar.
Yusmizal Dolah Aling

Kuala Lumpur: Perkara pertama diminta satu keluarga Rohingya yang keluar dari Myanmar sejak enam hari lalu adalah untuk mendapatkan bekalan air bersih.

Pengarah IReach Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) Johan Ariff Ismail berkata, keluarga berkenaan berbuat demikian ketika beliau berkesempatan menyambut mereka yang datang melalui bot.

Katanya, bot berkenaan dinaiki mereka dari Maungdaw Arakan bersama empat kanak-kanak, tiga lelaki tua dan dua wanita.

“Mereka kelihatan tidak bermaya turun dari bot yang juga dinaiki dua bayi yang tidak sedarkan diri.

“Seperti yang saya kongsi sebelum ini, tiada kemudahan perubatan yang terbaik di sini.

“Kami adalah penyambut tetamu kepada mereka. Keadaan memang menyedihkan,” katanya.

Johan Ariff berkata, beliau berkongsi makanan yang dibawa dengan pelarian terbabit kerana mereka begitu kelaparan dan bekalan makanan yang dibawa bersama habis.

“Itu saja yang kami mampu. Setidaknya ia dapat mengalas perut mereka,” katanya memberitahu kepulan asap masih kelihatan di kuala Sungai Naf biarpun operasi ketenteraan diadakan sejak tiga minggu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 September 2017 @ 4:10 AM