Aizat Sharif


JEMAAH haji berusia 66 tahun yang dijadualkan berlepas ke Makkah hari ini dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (LTSAH), Alor Setar meninggal dunia akibat darah beku dalam saluran darah ke paru-paru atau ‘pulmonary embolism’.

Azizan Darus, dari Telok Chengai, Alor Setar menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 6.18 pagi hari ini di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar.

Pengarah Kesihatan Kedah Datuk Dr Norhizan Ismail berkata, jemaah haji itu dijadualkan berlepas dengan penerbangan Malaysia KT 57 dari LTSAH Alor Setar pada 3.30 pagi hari ini.

“€œSebelum itu, Allahyarham bersama bakal jemaah haji yang lain melapor diri dan berkumpul di Hotel Tabung Haji bagi menyelesaikan urusan dokumen dan proses untuk berlepas ke Makkah mulai jam 10 malam semalam.

“€œPesakit berkenaan yang mempunyai sejarah penya it darah tinggi itu kemudian mengadu sesak nafas pada tengah malam dan diperiksa serta merta oleh pasukan perubatan yang berada di Stesen Berlepas LTSAH Alor Setar sebelum dirujuk dengan ke HSB pada 1.06 pagi,”€ katanya menerusi satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya, warga emas itu kemudian diberikan rawatan kecemasan serta merta dan dirawat di Zon Merah, Unit Kecemasan HSB.

€œNamun, keadaan beliau didapati kritikal dan mulai tidak sedarkan diri menyebabkan rawatan resusitasi terpaksa dijalankan kepadanya.

“Beliau disahkan meninggal dunia pada 6.18 pagi disebabkan darah beku dalam saluran darah ke paru-paru,”€ katanya.

Norhizan berkata, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada ahli keluarga Allahyarham, beliau didapati tidak sihat dan mengadu sesak nafas serta bengkak kaki sejak tiga hari sebelum dijadualkan berlepas ke Makkah.

“€œMalah, Allahyarham juga sudah mendapatkan rawatan awal iaitu rawatan susulan masalah darah tinggi serta pemeriksaan kesihatan untuk bakal jemaah haji di salah sebuah klinik swasta di Alor Setar.

“€œOleh hal demikian, Kementerian Kesihatan dan TH sudah mewajibkan bakal jemaah haji yang mendaftar untuk mengerjakan ibadah haji menjalani pemeriksaan kesihatan di hospital, klinik kesihatan kerajaan dan klinik swasta yang berdaftar bagi memastikan mereka mencapai kriteria dari aspek kesihatan agar dapat menjalankan ibadah haji dengan sempurna,”€ katanya.

Beliau turut menasihati bakal jemaah haji yang mengalami masalah kesihatan atau penyakit kronik untuk sentiasa memastikan tahap kesihatan mereka dalam keadaan terbaik serta memastikan pengambilan ubat mengikut jadual yang ditetapkan.

Jemaah haji juga diingatkan jika terdapat masalah kesihatan segera mendapatkan rawatan lanjut di klinik atau hospital yang berdekatan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 Ogos 2017 @ 10:04 PM