Dr Nor Syahirah bersama neneknya, Zainon Puteh, 81,  memegang plak penghargaan disampaikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada Majlis Perasmian Penutup Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Masjid Tanah, hari ini. FOTO MUHAMMAD HATIM AB MANAN

Nur Saliawati Salberi

PENUNTUT perubatan terbaik di Universiti Perubatan Warsaw, Poland, Dr Nor Syahirah Mohd Nor, yang menerima Anugerah Golden Graduation, kini bersedia menabur bakti dan berkhidmat untuk masyarakat.

Nor Syahirah, 26, kini sedang mempersiapkan diri sementara menunggu dipanggil untuk ditempatkan di hospital bagi memulakan tugasnya sebagai doktor.

Menurutnya, kejayaannya dinobatkan sebagai pelajar terbaik perubatan bukan keselesaan buatnya malah akan terus melakukan yang terbaik untuk memberi perkhidmatan serta merawat masyarakat.

"Buat masa ini saya belum tahu akan ditempatkan di hospital mana dan masih menunggu keputusan daripada Majlis Perubatan Malaysia (MMC).

"Walaupun tahu akan berhadapan dengan pelbagai situasi dalam menangani pesakit, insya-Allah saya bersedia menghadapinya," katanya.

Nor Syahirah berkata, buat masa ini dia akan berkhidmat sebagai doktor sebelum melanjutkan pelajaran untuk menjadi pakar perubatan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2017 @ 8:24 PM