PENUNTUT perubatan MSU bersama pensyarah.
PENUNTUT perubatan MSU bersama pensyarah.
Fazurawati Che Lah


SELARAS matlamat kerajaan untuk meningkatkan pembangunan modal insan berkualiti dan kompeten dalam bidang perubatan, Management & Science University (MSU) melalui sekolah perubatannya, International Medical School (IMS) menawarkan program perubatan atau Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS).

Program itu ditawarkan di kampus utama MSU di Shah Alam dan di kampus pesisir antarabangsa MSU di Bangalore, India.

MSU memberi keutamaan kepada pendidikan berkualiti dan penggunaan kaedah pengajaran kreatif ke arah melahirkan graduan yang kompeten dan versatil.

Malah program pengajian ditawarkan menjamin perkembangan kemahiran insaniah melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Kualiti program perubatan MSU terbukti apabila kampus pesisir antarabangsa MSU di Bangalore menjadi sekolah perubatan pertama mendapat akreditasi untuk tempoh lima tahun daripada Malaysian Medical Council (MMC).

Program MBBS di MSU merangkumi jangka masa lima tahun selain penuntut perlu melalui tiga fasa pengajian yang dibezakan oleh jangka masa, subjek dan aktiviti.

Selain aspek akademik, siswa turut didedahkan pelbagai aktiviti luaran yang bermatlamat memperkasakan pengalaman pembelajaran mereka.

Selepas tamat pengajian, mereka perlu mendaftar dengan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan akan ditempatkan di hospital awam di seluruh Malaysia

di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia bagi memenuhi tuntutan ‘housemanship’ selama dua tahun serta perkhidmatan wajib selama tiga tahun.

Pengambilan penuntut baru program MBBS di MSU dibuat pada April dan September setiap tahun. Program ini dibuka kepada pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia, Foundation MSU, diploma, A-Level dan matrikulasi.

Selain itu, pelajar yang berminat juga perlu menduduki ‘Medical Entry Test’ (MET) bagi mengukur tahap kebolehan setiap calon yang memohon mengikuti program MBBS di MSU.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2017 @ 5:42 AM