Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) merasmikan pra Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-4 (Rantau Asia) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO  Nik Abdullah Nik Omar
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (dua dari kanan) merasmikan pra Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah ke-4 (Rantau Asia) di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Siti Nor Hidayatidayu Razali


LEBIH 1,000 orang menghadiri majlis pra perasmian Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Kali ke-4 (Rantau Asia), Ijtima Kelantan 2017 di Stadium Sultan Muhammad IV, hari ini.

Majlis dirasmikan oleh Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah.

Mohd Amar berkata, negeri ini bertuah kerana menjadi tuan rumah kepada program berkenaan yang turut dihadiri oleh ulama dari luar negara termasuk Indonesia dan Pakistan.

Katanya, pelbagai isu membabitkan agama Islam akan dibincangkan dalam program itu terutama daripada ulama yang hadir.

"Kita harap program ini akan berjalan lancar kerana lebih 900 anggota keselamatan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) ditugaskan untuk membuat kawalan termasuk di jalan utama," katanya dalam ucapan pra perasmian..

Dalam majlis itu turut diadakan forum cabaran Islam dalam menyelesaikan masalah pada masa kini yang dikendalikan oleh Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari dan empat panel iaitu Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; penceramah dari Indonesia, Irena Handono: aktivis, Dr An Wan Seng dan Dr Najihatus Solehah Ahmad.

Beliau berkata, program selama tiga hari yang bermula hari ini hingga Sabtu, akan dirasmikan oleh Naib Ketua Kesatuan Ulama Sedunia, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 11:52 PM