Sebahagian pegawai dan anggota PDRM yang terbabit Taklimat Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia, hari ini. Turut hadir, Timbalan Ketua Polis Kelantan Senior Asisten Komisioner Din Ahmad. FOTO ihsan PDRM

Rosliza Mohamed

SERAMAI 830 pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas mengawal keselamatan sempena Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah yang berlangsung malam ini sehingga Sabtu di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Ismail Mat Sidik berkata, semua mereka akan bertugas bagi memastikan program berkenaan berjalan lancar dan keselamatan delegasi.

"Pegawai dan anggota ditempatkan di lokasi yang terbabit dengan program selain ada yang mengawal lalu lintas.

"Selain PDRM di Kelantan, kita juga mendapatkan bantuan kontinjen dari luar Kelantan," katanya hari ini.

Beliau berkata, laluan di kawasan stadium akan ditutup pada tempoh tertentu dan ada yang dibuka untuk satu laluan.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Julai 2017 @ 7:54 PM