Mayat lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan MPS, Sandakan. - Foto HAZSYAH ABDUL RAHMAN
Mayat lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan MPS, Sandakan. - Foto HAZSYAH ABDUL RAHMAN
Hazsyah Abdul Rahman


MAYAT seorang lelaki ditemui tertiarap di atas jalan dipercayai terjatuh dari tingkat lima bangunan Majlis Perbandaran Sandakan (MPS), Sandakan, hari ini.

Kejadian kira-kira 4 petang itu, menyebabkan orang ramai yang berada di sekitar lokasi kejadian gempar.

Ketua Polis Daerah Sandakan Asisten Komisioner Mohd Azhar Hamin berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Sandakan dihantar ke lokasi kejadian.

"Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan dan berusaha mengenal pasti identiti mangsa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 14 Julai 2017 @ 7:13 PM