Azman (dua kanan) bersama Naib Presiden Kanan Rantau Asia, Pasifik dan Afrika Selatan BMW Group, Hendrik von Kuenheim (tiga dari kanan), Naib Presiden Pengurusan Logistik Alat Ganti BMW Group, Wolfgang Baumann (lima dari kiri). FOTO HM/HAIRUL ANUAR RAHIM

Lizam Ridzuan

BMW Group Malaysia merasmikan pembukaan Pusat Pengedaran Alat Ganti Serantau baharu di Zon Industri Bebas, Lapangan Terbang Antarabangsa Senai di sini, hari ini.

Berkeluasan lebih 230,000 meter persegi adalah kemudahan paling besar BMW di Asia Pasifik sebagai gudang logistik alat ganti, komponen dan barangan gaya hidup BMW, Mini dan BMW Motorrad.

Ketua Pegawai Operasi dan Pengarah Urusannya Han Sang Yun berkata gudang itu juga membekalkan barangan ke 23 buah negara di rantau ini bagi pelanggan mendapatkan semua keperluan lebih pantas.

"Selama 14 tahun kami beroperasi di Malaysia pembukaan gudang ini sebagai komitmen terhadap pengguna serta mengukuhkan kedudukan jenama BMW dalam pasaran tempatan serta inovasi automatif terbaik untuk pelanggan serantau," katanya.

Selain lokasi yang strategik dan infrastruktur moden dengan akses pelabuhan laut dan udara pusat baharu itu juga menawarkan 120 peluang pekerjaan serta perniagaan dengan 55 penyedia perkhidmatan tempatan.

Turut hadir untuk perasmian ialah Ketua Pagawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) Datuk Azman Mahmud.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 11 Mei 2017 @ 3:18 PM