LEROY Sane. FOTO REUTERS
LEROY Sane. FOTO REUTERS
Reuters

Herzogenaurach: Pemain sayap Jerman, Leroy Sane masih menunggu detik terbaik di Euro 2024 dan dia berharap ia akan hadir pada aksi suku akhir bertemu Sepanyol, Sabtu ini.

Pemain berusia 28 tahun itu yang bergelut dengan masa untuk pulih sepenuhnya daripada kecederaan keradangan tulang sejak beberapa bulan lalu, berharap dapat diturunkan dalam kesebelasan utama apabila bertemu Sepanyol.

Sane tampil dalam kesebelasan utama pada pusingan 16 terakhir bertemu Denmark minggu lalu selepas hanya sebagai pemain gantian dalam aksi peringkat kumpulan.

"Saya harap detik itu akan berlaku dan ia akan membantu pasukan juga. Itulah tugas yang ingin saya laksanakan dan berharap ia akan berlaku pada perlawanan seterusnya," katanya pada sidang media.

Pemain sayap lincah itu tidak berada pada prestasi terbaik selama beberapa berbulan untuk merawat kecederaan ketika kelabnya, Bayern Munich mara ke separuh akhir Liga Juara-Juara.

Sane memerlukan selama beberapa hari untuk pulih selepas setiap perlawanan namun kini dia berkata tidak mengalami kesakitan lagi.

"Pada mulanya saya tidak tahu berapa lama kecederaan ini akan berakhir dan adakah saya dapat menyertai kejohanan kali ini.

"Akhirnya, saya di sini dan gembira dapat pulih untuk saingan Euro. Ia belum hilang sepenuhnya tetapi jauh lebih baik daripada sebelumnya. Saya tidak sakit lagi dan itu sangat bagus.

"Sebelum ini, apabila saya bermain, saya memerlukan lima atau enam hari untuk mengurangkan kesakitan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Julai 2024 @ 9:22 PM