BMW S 1000XR. FOTO Bernama
BMW S 1000XR. FOTO Bernama
BMW R 1200RS. FOTO Bernama
BMW R 1200RS. FOTO Bernama

KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia menyasarkan jualan empat angka untuk segmen motosikalnya tahun ini, dirangsang dua edisi terbaru barisan BMW Motorrad.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif, Alan Harris berkata, setakat Julai BMW Motorrad Malaysia menyerahkan 600 motosikal berbanding 581 pada 2014. BMW Motorrad Malaysia hari ini memperkenalkan dua motosikal premium baru, BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.

"Kami yakin dengan model baru terbabit, pertumbuhan jualan akan melepasi 1,000 unit tahun ini. Motosikal BMW mempunyai harga yang kompetitif," katanya pada majlis pelancaran itu.

Sebagai varian keempat motosikal berprestasi, BMW Motorrad mempunyai enjin empat silinder, BMW S 1000 XR baharu mempunyai ciri-ciri perjalanan dinamik.

Sementara itu, BMW R 1200 RS adalah genre sports tourer dan dicipta berasaskan R 100 RS 1976.

Ia mempunyai enjin berkembar rata baharu, menukar keseluruhan kualiti konsep BMW R 12000 asal kepada kesan era moden.

Harga runcit (di atas jalan tanpa insurans) untuk BMW S 1000 XR ialah RM112,900 manakala BMW R 1200 RS pula RM101,900. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Julai 2015 @ 3:46 PM