MOBILITI urban dan mesra alam.
MOBILITI urban dan mesra alam.
Lizam Ridzuan


REKA bentuk futuristik dan ciri inovasi menyerlahkan jentera dua roda model BMW CE 04 yang juga motosikal elektrik sepenuhnya yang kini ditawarkan untuk pasaran Malaysia.

Gaya mobiliti urban ini pertama kali dipertontonkan melalui model konsep 'Definition CE 04' pada November 2020.

Ia hasil gabungan idea dan teknologi lebih 50 tahun BMW Motorrad.

Jentera ini menawarkan ciri seperti unit pencahayaan LED berkuasa tinggi pada keseluruhan motosikal dengan Lampu Hadapan Adaptif Pro sebagai ciri standard.

Ia juga dilengkapi meter TFT 10.25 inci serta sistem Navigasi Peta Bersepadu yang boleh disambungkan dengan aplikasi BWM Motorrad Connected.

Kemudahan lain ialah port pengecas USB, ruang simpanan dengan pengecas USB, soket 12V, ruang simpanan topi keledar, penghidup enjin tanpa kunci dan empat mod tunggangan iaitu Eco, Rain, Road serta Dynamic.

Untuk keselamatan, motosikal ini dilengkapi Sistem Brek Anti-Kunci (ABS) Pro BMW Motorrad Integral Standard.

Ia juga dilengkapi fork teleskopik, roda bentuk cakera, tayar hadapan dan belakang bersaiz 15 inci selain lengan ayun tunggal dengan suspensi dan peredam dalam strut spring.

METER TFT 10.25 inci.
METER TFT 10.25 inci.

Kuasa dengan elektrik motor sejukan cecair yang terletak di bawah kerangka menjana 42PS dan tork 62Nm membolehkan ia memecut daripada sifar ke 50 kilometer/sejam (km/j) dalam tempoh 2.6 saat.

Selain berciri mesra alam, BMW CE 04 dengan bateri lithium-ion 8.9 kWh membolehkan ia bergerak sejauh 130km dengan satu pengecasan penuh dengan kelajuan maksimumnya adalah 120km/j.

RUANG storan topi keledar.
RUANG storan topi keledar.

Untuk pengecasan, ia boleh dilakukan di mana-mana soket pengecas kediaman, 'wallbox' atau stesen pengecas awam yang mengambil masa sehingga empat jam 20 minit (2.3kw) atau pengecas pantas 6.9kW sekitar 1 jam 40 minit.

Anggaran harga untuk model BMW CE 04 ialah RM60,000 dan bakal berada di pasaran pada Mac depan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2023 @ 7:00 AM