PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia, Alan Harris bersama Riley (dua dari kanan) pada pelancaran BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.
PENGARAH Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan BMW Malaysia, Alan Harris bersama Riley (dua dari kanan) pada pelancaran BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.
Oleh Hafiz Ithnin


BMW Motorrad Malaysia (BMW Motorrad) menyasarkan empat digit penjualan model motosikal keluarannya tahun ini bersandarkan harga kompetitif yang ditawarkan kepada pengguna di negara ini.

Ia juga selaras dengan pengenalan model baru yang dijangka dapat menarik perhatian pengguna tempatan dengan terkini, BMW Motorad memperkenalkan BMW S 1000 XR dan BMW R 1200 RS.

Ketuanya, Owen Riley berkata, penegalan model baru itu juga dijangka dapat mengukuhkan penguasaan pasarannya dalam kalangan pemain industri motosikal premium di Malaysia.

Beliau berkata, sebagai model keempat dalam rangkaian motosikal berprestasi tinggi, BMW Motorrad yang dikuasakan enjin empat silinder sebaris, BMW S 1000 XR dibina di atas gabungan unik teknologi inovatif, prestasi dan keselamatan yang diwarisi daripada model terdahulu.

“Tampil tersendiri sebagai sebuah jentera crossover, BMW S 1000 XR baru menggabungkan keupayaan touring sebuah model GS dengan karakteristik supersport RR yang menjadi signatur BMW Motorrad.

“Kami yakin BMW S 1000 XR baharu mampu memenuhi keperluan ramai peminat tegar motosikal di sini yang mahukan gabungan prestasi dinamik sebuah jentera sports, versatiliti motosikal enduro dan keselesaan model touring,” katanya pada majlis pelancaran kedua-dua model itu di sini, semalam.

Harga runcit di atas jalan termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST) dan tanpa insurans untuk BMW S 100 XR dan BMW R 1200 RS masing-masing RM112,900 dan RM101,900 seunit.

Karakter yang menyerlah, tarikan emosional dan versatiliti BMW S 1000 XR diperagakan pada reka bentuknya yang mengagumkan. Rekaan bahagian luarannya yang sangat kontras dan berarca menyerlahkan wajah dinamik motosikal itu. Lapisan strukturnya pula membolehkan aspek kelenturan plastik dan tiga dimensi pada bahagian fairing.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Julai 2015 @ 5:02 AM