KILANG didapati terbakar 40 peratus apabila bomba tiba. FOTO ihsan bomba
KILANG didapati terbakar 40 peratus apabila bomba tiba. FOTO ihsan bomba
Shamsul Munir Safini


TIADA kecederaan dilaporkan dalam kebakaran kilang berkeluasan 15,000 meter persegi di Bukit Minyak, Bukit Mertajam, 11.15 pagi, hari ini.

Dalam kejadian itu, 38 anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian bagi memadamkan kebakaran.

Jurucakap bomba negeri berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pada 11.31 pagi, kilang itu sudah 40 peratus terbakar.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih berusaha memadamkan kebakaran dengan dibantu anggota bomba sukarela.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Mei 2017 @ 2:33 PM