ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kilang. FOTO ihsan Bomba
ANGGOTA bomba berusaha memadamkan kebakaran kilang. FOTO ihsan Bomba
Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Kilang di Tapak Pelupusan Sisa Pepejal Pulau Burung di sini musnah dalam kebakaran, hari ini.

Dalam kejadian itu, Balai Bomba dan Penyelamat Nibong Tebal menerima panggilan kecemasan pada 12.56 tengah hari sebelum tiba 14 minit kemudian.

Komander Operasi, Abdul Penolong Pegawai Bomba Abdul Rahman Jamal Abdul Nasir berkata, sebaik tiba di lokasi kejadian pihaknya mendapati keseluruhan kilang yang menempatkan mesin dan bahan plastik terbakar.

Katanya, pihaknya mengalami kesukaran berikutan kilang berkenaan menempatkan barangan plastik serta bahan mudah terbakar.

Menurutnya, sehingga 4 petang tadi, pihaknya masih berusaha memadamkan kebakaran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 15 Mac 2017 @ 4:49 PM