Asrol Awang


Kuantan: Jenazah Konstabel Muhammad Syafiq Ahmad Said selamat tiba di rumah bapa Allahyarham di Taman Seri Mahkota Jaya, Batu 11, Jalan Kuantan-Gambang, di sini kira-kira jam 4.40 petang ini.

Selepas itu, solat jenazah dilaksanakan kira-kira 30 orang di rumah Allahyarham yang turut disertai Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, pegawai dan ahli keluarga dan saudara mara.

Sebaik selesai, jenazah akan terus dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini untuk dikebumikan.

Turut menziarahi dan memberi penghormatan terakhir, pegawai dan anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang dan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuantan, saudara mara dan rakan.

Sebelum itu, Pegawai Khas Menteri Besar Pahang, Yunan Abdul Samad hadir memberikan sumbangan RM8,000, masing-masing RM5,000 daripada Kerajaan Pahang dan Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (RM3,000) kepada bapa Allahyarham Ahmad Said Md Piah, 65.

Dalam kejadian serangan pada 2.45 pagi, tiga disahkan maut iaitu dua anggota polis, Muhamad Syafiq dan Konstabel Ahmad Azza Fahmi Azhar, masing-masing berusia 24 dan 22 tahun serta suspek.

Berita berkaitan:

Raja Permaisuri Agong beri penghormatan terakhir jenazah anggota polis terkorban

Jenazah Muhammad Syafiq, Ahmad Azza dibawa pulang ke kampung halaman

Gerakan JI di negara ini masih terkawal - Saifuddin

500 hadiri solat jenazah anggota polis terkorban

Jangan kaitkan serangan Balai Polis Ulu Tiram dengan mana-mana agama - Saifuddin

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 46 individu selesai diambil keterangan

Permohonan reman suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram dibuat di IPD Seri Alam

Suspek serangan Balai Polis Ulu Tiram bertindak sendiri - Saifuddin

7 Individu dibawa ke mahkamah untuk reman

Balai Polis Ulu Tiram diserang: KPN lawat Koperal Mohd Hasif di HSI

Dedah nama anggota Balai Polis Ulu Tiram terkorban, PDRM zahir takziah

'Ami, terima kasih jadi anak yang baik'

Balai polis diserang: Bedah siasat 2 mangsa, suspek sedang dijalankan

2 anggota polis terkorban dikebumikan di Bidor, Gambang

Kronologi serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis tolak andaian akan berlaku serangan lain

Suspek buat persediaan awal serang balai polis

2 pelajar IPT ditahan, kait serangan Balai Polis Ulu Tiram

Polis buru 20 ahli JI di Johor - KPN

5 ahli keluarga suspek serang balai polis ditahan

Balai polis diserang lelaki bertopeng

Balai polis diserang: 2 anggota, suspek maut

Balai Polis Ulu Tiram dikawal ketat

Serangan Balai Polis: KPN sahkan suspek anggota JI

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 5:49 PM