DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang diletakan di bahu jalan sekitar Kampung Baru. FOTO Ihsan DBKL
DBKL menyita meja, kerusi dan khemah yang diletakan di bahu jalan sekitar Kampung Baru. FOTO Ihsan DBKL
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menyita khemah, kerusi dan meja yang dibuka di bahu-bahu jalan dalam operasi penguatkuasaan di sekitar Kampung Baru, di sini semalam.

DBKL dalam satu hantaran di Facebook berkata, operasi dijalankan Jabatan Penguatkuasaan bersama Pejabat Cawangan Titiwangsa di kawasan peniaga di Jalan Raja Muda Musa, Jalan Raja Alang, dan Jalan Daud.

"Melalui tindakan khas yang dijalankan, DBKL menjalankan operasi sitaan dan pindah halangan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 46(1)(d) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974.

"Antara barangan yang disita adalah meja lipat, kerusi, kanopi, meja besi dan peralatan lain yang diletakkan di hadapan premis," katanya dalam hantaran hari ini.

Menurutnya, kesemua barangan yang disita dibawa ke Stor Sitaan DBKL Jalan Lombong, Taman Miharja di sini bagi tindakan selanjutnya.

Katanya, tindakan dan pemantauan berterusan akan dijalankan menerusi siri-siri tindakan khas di 11 parlimen di sekitar ibu negara.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Mei 2024 @ 4:50 PM