Shamsul Munir Safini


Nibong Tebal: Tiga gudang kilang pemprosesan kertas musnah dalam kebakaran di Simpang Ampat, 10.20 malam tadi.

Dalam kejadian itu, api memusnahkan hampir 90 peratus bangunan yang setiap satunya seluas 112,00 meter persegi.

Jurucakap bomba berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.23 malam dan tiba di lokasi kejadian pada 10.34 malam.

Katanya, pihaknya mengalami kesukaran memadam kebakaran ekoran tekanan air rendah di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pihaknya kini sedang mengawal kebakaran daripada merebak ke gudang lain yang terletak berhampiran antara satu sama lain.

Pihaknya juga mendapat bantuan daripada beberapa pasukan bomba sukarela.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Ogos 2016 @ 12:28 AM