FELDA menunjukkan kad pengenalannya.
FELDA menunjukkan kad pengenalannya.
Noor Ainum Ibnu Hajar Abu Seman


Jerantut: Sekali dengar mungkin ada yang tidak percaya dengan nama dimilikinya, bahkan ada yang menganggapnya bergurau dan cuba menipu.

Namun itulah keunikan nama Felda Yusof, 43, yang diberi arwah bapanya sebaik dia dilahirkan.

Felda berkata, keputusan bapanya menamakan dia dengan nama berkenaan adalah sebagai tanda kesyukuran terpilih menjadi peserta tanah rancangan di FELDA Padang Piol, di sini, pada 1971.

“Arwah ayah memang sudah berniat sekiranya dia terpilih memasuki tanah rancangan, dia akan menamakan anak yang akan lahir seterusnya sebagai FELDA.

“Dua tahun kemudian, saya lahir dan ketika itulah ayah mendaftarkan nama namun pada masa itu ibu pun tidak tahu mengenainya kecuali dua rakan baik ayah,” katanya ketika ditemui di FELDA Padang Piol, di sini, semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 Mac 2017 @ 5:44 AM