Orang ramai menderma darah pada program amal anjuran Tasputra Perkim di Dewan Komuniti Desa Pandan, semalam.
Orang ramai menderma darah pada program amal anjuran Tasputra Perkim di Dewan Komuniti Desa Pandan, semalam.

Kuala Lumpur: Tasputra Perkim mengadakan program derma darah dan jualan lambak istimewa selama dua hari bermula semalam untuk mengumpul dana bagi membantu perjalanan operasi pusat jagaan kanak-kanak orang kurang upaya (OKU) berkenaan.

Pengerusinya, Elahe Norman berkata, program amal itu diadakan di Dewan Komuniti Desa Pandan,
di sini, dan turut mendapat kerjasama Pusat Darah Negara.

“Pengunjung dialu-alukan menderma darah dan bagi yang yang tidak menderma, mereka boleh berkunjung ke ‘booth’ jualan lambak yang berhampiran.

“Pelbagai barangan terpakai menarik boleh dimiliki antaranya patung mainan, pakaian, cakera padat koleksi lagu menarik, filem, novel, majalah, perhiasan rumah dan banyak lagi yang boleh dimiliki pada harga
bermula RM2.

“Selain membeli barangan yang diperlukan pada harga berpatutan, orang ramai juga dapat menyumbang kepada pusat jagaan ini,” katanya.

Menurut Elahe lagi, Tasputra Perkim adalah pusat jagaan harian yang menawarkan program merangkumi fizikal dan mental untuk kanak-kanak mengalami pelbagai masalah seperti fizikal, visual serta kecacatan mental.

“Sekiranya ada pihak atau badan bukan kerajaan yang ingin membantu, kami mengalu-alukan dan sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Bank Islam Malaysia Berhad, 14014010052802,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Mac 2017 @ 6:19 AM