ANGGOTA polis menjalankan siasatan di kedai serbaneka yang dirompak, semalam.
ANGGOTA polis menjalankan siasatan di kedai serbaneka yang dirompak, semalam.

Nilai: Seorang penjenayah nekad merempuh pintu kaca hingga pecah sebelum merompak sebuah kedai serbaneka di Taman Semarak 2, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 5.20 pagi, penjenayah terbabit bersama-sama dua rakan melakukan perbuatan itu selepas mendapati pintu premis berkenaan berkunci.

Ketua Polis Daerah Superintendan Zaldino Zaludin berkata, ketika kejadian, terdapat dua pekerja di premis dengan pintu hadapan kedai berkunci.

Katanya, seorang lelaki tidak dikenali secara tiba-tiba berlari dari luar dan melanggar pintu hadapan premis hingga pecah.

“Rempuhan itu mengakibat suspek cedera di lengan. Sebaik memasuki premis, suspek mengeluarkan tali pinggang dan mengarahkan penjaga kaunter membuka peti wang.

“Penjenayah melarikan wang tunai RM100 serta tujuh kotak rokok sebelum mengucapkan terima kasih kepada penjaga kaunter,” katanya.

Menurut Zaldino, dua rakan suspek kemudian mengambil makanan ringan dan gula-gula getah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 5 Oktober 2016 @ 6:24 AM