Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain meluangkan masa melawat ke Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) , Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) hari ini.

Menurutnya, program itu memberi ruang kepada warga pasukan untuk memberi sokongan moral kepada pesakit di samping menyelami penderitaan mereka.

"Untuk lawatan ini kita akan ke wad kanak-kanak, saya amat terkesan sejak duduk dari Pulau Pinang, (saya lihat) wad kanak-kanak boleh tengok kekuatan pada keluarga.

"Budak (pesakit) itu lebih kuat, tapi ibu bapa harus lebih kuat lagi daripada yang sakit, mereka perlu ke hospital dan ada yang terpaksa berhenti kerja jaga anak," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada program Lawatan Hospital sempena Hari Polis ke-217 tahun 2024 di Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani, Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), hari ini.

Sementara itu, Suhaily ketika membacakan teks ucapan mewakili Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, HPKK dipilih sebagai destinasi lawatan berdasarkan jumlah pesakit yang menerima rawatan di sini terdiri dalam kalangan anak-anak warga PDRM.

"Saya percaya kualiti perkhidmatan terbaik serta layanan mesra daripada pihak hospital adalah faktor utama HPKK menjadi pilihan warga PDRM untuk mendapatkan rawatan di sini.

"Sesungguhnya, saya serta seluruh warga pasukan amat menghargai pengorbanan dan penat lelah petugas kesihatan khususnya dan seluruh warga HPKK amnya.

"Semoga Allah mengurniakan sebaik-baik ganjaran atas budi dan jasa yang dicurahkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Mei 2024 @ 1:08 PM
MOHD Shuhaily dan isteri, Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah, Datin Seri Ennie Salina Roseli melawat anak kepada pengacara, Ira Mohd Amin, Saif Zairil di HPKK UKM. FOTO Aziah Azmee
MOHD Shuhaily dan isteri, Pengerusi Perkep Jabatan Siasatan Jenayah, Datin Seri Ennie Salina Roseli melawat anak kepada pengacara, Ira Mohd Amin, Saif Zairil di HPKK UKM. FOTO Aziah Azmee