KEADAAN mesin ATM dipecahkan penjenayah.
KEADAAN mesin ATM dipecahkan penjenayah.
Mohd Helmi Irwandi Mohd Noor


Nilai: Empat penjenayah memecah dua mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dan melarikan wang tunai RM284,000 di pasar raya besar, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian 4.25 pagi, keempat-empat penjenayah bersenjatakan parang mengikat seorang pengawal keselamatan sebelum mencampakkannya ke dalam belukar berhampiran.

Ketua Polis Daerah Nilai Superintendan Zaldino Zaludin berkata, penjenayah kemudian memecah dua mesin ATM yang setiap satunya mengandungi wang tunai RM214,000 dan RM70,000.

"Ketika kejadian terdapat tiga pengawal keselamat bertugas namun dua daripadanya berada di luar premis berkenaan.

"Suspek masuk melalui pintu belakang sebelum mengikat seorang pengawal keselamatan, memecah dua mesin ATM dan melarikan diri bersama wang tunai daripada mesin ATM yang dipecahkan pada 5.45 pagi," katanya.

Zaldino berkata, polis akan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) untuk mengenal pasti suspek terbabit.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 21 January 2016 @ 3:47 PM