FADILLAH (dua dari kanan) di majlis penyampaian bantuan NSTP-Tabung Bencana Media Prima, semalam.
FADILLAH (dua dari kanan) di majlis penyampaian bantuan NSTP-Tabung Bencana Media Prima, semalam.

Kuching: Kerajaan akan mencari penyelesaian untuk membantu rakyat terutama mereka yang tinggal
di kawasan sering dilanda bencana alam semula jadi supaya mendapat perlindungan insurans.

Menteri Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, usaha itu penting sebagai langkah awal membantu masalah rakyat yang terjejas akibat banjir dan bencana alam lain di masa akan datang.

Menurut beliau, kerajaan sedang mencari mekanisme terbaik untuk memastikan semua yang tinggal di kawasan sering dilanda bencana alam diinsuranskan membabitkan semua jenis risiko.

“Diharapkan, kerajaan boleh memberi peruntukan untuk membantu rakyat mendapatkan polisi insurans ini.

“Rakyat juga digalakkan memiliki insurans dengan perlindungan semua risiko, malah ia adalah pelaburan yang baik kerana boleh digunakan sebagai pampasan untuk mengurangkan beban,” katanya.

Terdahulu, Fadillah menyaksikan pengagihan sumbangan daripada Media Prima Bhd (MPB) kepada 957 keluarga yang terjejas akibat banjir di negeri ini pada Februari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Julai 2016 @ 9:15 AM