INSURANS mampu mengurangkan kerugian yang dialami pemilik kediaman akibat banjir
INSURANS mampu mengurangkan kerugian yang dialami pemilik kediaman akibat banjir
Muhamaad Razis Ismail


Negara dikejutkan dengan berita mendukacitakan apabila beberapa negeri termasuk Selangor, Kuala Lumpur dan Pahang dilanda banjir besar.

Tidak ramai menyangka dalam tempoh beberapa jam sahajabanyak kediaman ditenggelami air dan ada yangdihanyutkan arus deras.

Situasi ini pasti menimbulkan kegusaran dalam kalangan mangsa banjir apabila berdepan kerugian besar selepas kediaman mengalami kerosakan terutama mereka yang tidak mempunyai insurans perlindungan bencana seperti banjir.

Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Pengurusan Hartanah Fakulti Senibina Perancangan & Ukur, Universiti Teknologi MARA(UiTM) Shah Alam, Dr Muhammad Azwan Sulaiman berkata, kebiasaannya, sesebuahkediaman tidak dilindungi secara automatik oleh insurans bencana dan setiap pemilik perlu mengambil polisi itu secara sukarela.

Katanya, kebanyakan insurans bencana yang ditawarkan di pasaran ialah insurans bencana yang melindungi sebarang kerosakan terhadap sesuatu dan melindungi sebarang kerosakan kepada isi rumah itu sendiri akibat bencana seperti banjir, kebakaran, ribut petir dan seumpamanya.

"Bagi kediaman yang melalui pembiayaan swasta, pemilik perlu mengambilnya secara berasingan dan tidak ditawarkan dalam pembiayaan seperti insurans perlindungan pembiayaan (MRTA).

"Manakala bagi pembiayaan kerajaan melalui Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) LPPSA mempunyai perlindungan daripadaPerlindungan Pemilikan Rumah Jangka

Panjang (LTHO) di mana ia termasuk dalam pembiayaan keseluruhan," katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Mengulas lanjut, bagi kediaman yang ditimpa banjir, ia dianggap sebagai satu bencana sekiranya mengakibatkan kerosakan secara fizikal seperti kerosakan struktur bangunan dan isi rumah.

PELBAGAI produk insurans perlindungan bencana ditawarkan di pasaran.
PELBAGAI produk insurans perlindungan bencana ditawarkan di pasaran.

"Kedua-dua jenis kemusnahan ini diberi perlindungan dalam insurans bencana yang diambil. Sudah tentu bencana banjir akan memberi kesan yang besar dan perlindungan sebegini amat penting dan bernilai kepada pemilik," katanya.

Menurutnya, polisi perlindungan pemilik rumah memberikan perlindungan kepada struktur fizikal hartanah seperti dinding, bumbung, lekapan dan lengkapan bangunan, struktur luar dan sebagainya.

"Manakala insurans isi rumah akan melindungi segala peralatan dan perkakas di dalam kediaman seperti perkakasan elektrik, perabot dan barang-barang berharga yang lain.

"Namun, dari sudut nilaiannya, bergantung nilai maksimum yang termaktub dalam polisi perlindungan," katanya.

ISI rumah yang rosak akibat banjir juga dilindungi insurans.
ISI rumah yang rosak akibat banjir juga dilindungi insurans.

Jelasnya, insurans sebegini mampu mengurangkan kerugian yang dialami pemilik kediaman tanpa perlu memikirkan kos yang tinggi akibat banjir.

"Secara umum, kesedaran mengenai insurans perlindungan bencana sudah semakin baik terutama mereka yang tinggal di kawasan yang sering kali berlaku bencana alam.

"Namun demikian, kesedaran pada mereka yang menganggap beradamereka di luar kawasan bencana perlu ditingkatkan kerana bencana alam kini sudah tidak menentu dan boleh berlaku di mana-mana sahaja," katanya.

Justeru itu, beliau menasihatkan kepada semua pemilik kediaman dan bangunan komersial supaya menjadikan insurans perlindungan bencana dan isi kediaman ini sebagai perkara yang wajib diambil.

"Dengan pelbagai produk yang ditawarkan di pasaran kini, harga yangditawarkan juga adalah munasabah dan kompetitif untuk diambil oleh pemilik kediaman," katanya.

Beliau berharap supaya insurans bencana ini turut diwajibkan tidak kira sama ada melalui pembiayaan swasta atau pembelian secara tunai.

"Kita tidak boleh menahan sesuatu bencana daripada melanda. Namun sekurang-kurangnya kita

semua sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

"Dengan insurans sebegini, sekurang-kurangnya dapat mengurangkan bebanan dan kemusnahan yang dialami nanti," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Disember 2021 @ 6:12 AM