JULAIHA  (dua dari kanan) bersama rakan setugas memotong kek ketika menyambut hari lahirnya.
JULAIHA (dua dari kanan) bersama rakan setugas memotong kek ketika menyambut hari lahirnya.

Kota Kinabalu: “Sebelum ini, tidak ramai mengetahui saya lahir pada tahun lompat, tetapi selepas membuka akaun Facebook, saya seronok apabila turut menerima ucapan hari lahir daripada rakan maya walaupun empat tahun sekali,” kata Penyelia Jururawat Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKSS) Julaiha Amir, 36, yang lahir pada 29 Februari 1980.

Menurutnya, sebelum membuka akaun laman sosial itu pada 2012, hanya rakan sekerja terdekat dan ahli keluarganya saja memberikan ucapan hari lahir selain mengadakan sambutan secara sederhana.

“Kadang-kala, saya sendiri terlupa hari lahir sendiri kerana kesibukan tugas selain hanya disambut empat tahun sekali.

“Selain keluarga dan rakan sekerja, ada dalam kalangan rakan maya memberikan ucapan dan ia sedikit sebanyak menggembirakan saya,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Katanya, dia tidak mempercayai dakwaan konon individu yang dilahirkan pada tahun lompat akan ditimpa malang seperti dakwaan setengah pihak.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2016 @ 9:33 AM