RUMAH perlindungan ILZ yang menempatkan penagih dadah dan pesakit HIV yang  diterajui  Dr Siva Thurairajasingam. Gambar kecil, penghuni ILZ berehat di ruang tamu. FOTO Norazimah Narudin
RUMAH perlindungan ILZ yang menempatkan penagih dadah dan pesakit HIV yang diterajui Dr Siva Thurairajasingam. Gambar kecil, penghuni ILZ berehat di ruang tamu. FOTO Norazimah Narudin
Norazimah Narudin


Johor Bahru: “Saya umpama mendapat nyawa kedua tatkala berada di sini,” kata lelaki berusia 48 tahun yang juga pesakit AIDS yang diberi peluang tinggal di rumah perlindungan Intan Life Zone Welfare Society (ILZ) di Jalan Wijaya Taman Abad, di sini.

Hanya mahu dikenali sebagai Helmi, penghuni rumah perlindungan berkenaan meluangkan masa dan berkongsi kisah hidupnya apabila terjebak gejala dadah sebelum dijangkiti HIV/AIDS.

Dia mengakui keadaan persekitaran dan juga sikap sendiri menyebabkan dia terjerumus ke kancah durjana sejak 1998 dan disahkan dijangkiti AIDS pada 2002 akibat berkongsi jarum suntikan.

Katanya, bermula dengan tabiat menghisap ganja bersama rakan sekerja, kehidupannya menjadi kelam sedikit demi sedikit.

“Pada awalnya saya menghisap ganja bersama rakan sekerja, balik rumah saya hadap lagi benda haram itu dengan ahli keluarga bekas isteri.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2017 @ 8:50 AM