Najib melambai tangan selepas melawat PTG, semalam.
Najib melambai tangan selepas melawat PTG, semalam.

Kuala Lumpur: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semalam merasmikan Pusat Transit Gelandangan (PTG) di Jalan Pahang, di sini.

Najib yang tiba di pusat itu pada jam 11.30 pagi beramah mesra dengan penghuni di situ dan melawat kemudahan disediakan di kawasan seluas 1,319 meter persegi itu.

Beliau kemudian menandatangani plak sebagai simbolik perasmian sebelum diberi taklimat operasi pusat itu oleh Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Adnan Md Ikshan.

Hadir sama, Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Pengerusi Yayasan Kebajikan Negara (YKN) Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, Pengarah Urusan Malaysia Resources Corporation Bhd (MRCB) Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din dan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Johari Abdul Ghani.

Pembinaan PTG susulan tinjauan Najib terhadap keadaan gelandangan di ibu kota pada Julai 2014 dan projek bernilai RM3 juta itu inisiatif tanggungjawab sosial korporat Kementerian Wilayah Persekutuan, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) serta MRCB.

Bangunan setinggi tiga tingkat itu mempunyai kemudahan asas seperti ruang penginapan berkapasiti 250 orang, bilik mandi, tandas, dobi, surau, bilik kaunseling, bilik kesihatan dan tempat penyimpanan barang.

Kaedah pengurusan pusat transit itu terbahagi kepada dua fasa iaitu fasa pertama untuk lima bulan pertama bermula bulan ini hingga Jun.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 Februari 2016 @ 9:35 AM