ANGGOTA penyelamat  memadamkan kebakaran empat gerai.
ANGGOTA penyelamat memadamkan kebakaran empat gerai.

Baharu enam jam ditinggalkan, sudah hangus. Itu yang berlaku ke atas empat peniaga apabila gerai mereka di Pasar Wakaf Che Yeh, di sini terbakar selepas mereka menamatkan operasi perniagaan, awal pagi semalam.

Kejadian itu yang berlaku jam 8 pagi menyebabkan peniaga kasut, alat elektronik dan komunikasi serta pakaian kerugian dianggar lebih RM250,000.

Mangsa, Khairul Nik Wil, 34, yang menjual kasut berkata, dia tidak menyedari kebakaran yang berlaku sehingga dimaklumkan rakan yang menghubunginya di rumahnya di Pasir Tumboh, di sini.

“Saya pulang berniaga jam 2 pagi dan berehat selepas solat Subuh dan menunggu untuk bersarapan, sebelum rakan menghubungi memaklumkan gerai saya terbakar.

“Mendengar berita itu saya terus bergegas ke gerai dan melihat api marak dan segera memadamkan kebakaran menggunakan sumber yang ada dibantu orang ramai.

“Selepas itu baru bomba tiba. Namun saya kerugian lebih RM100,000 apabila barang jualan hangus termasuklah stok kasut roda bernilai RM20,000,” katanya di sini, semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Februari 2016 @ 6:42 AM