SEBAHAGIAN ahli Persatuan Pemandu Teksi Daerah Klang membuat perhimpunan aman membantah kegiatan kereta sapu di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang.
SEBAHAGIAN ahli Persatuan Pemandu Teksi Daerah Klang membuat perhimpunan aman membantah kegiatan kereta sapu di Kompleks Sukan Pandamaran, Pelabuhan Klang.
Oleh Icka S Hassan

Klang: Pendapatan lebih 1,000 pemandu teksi berlesen di bandar ini terjejas berikutan kemunculan teksi sapu yang kini mencari pelanggan menggunakan aplikasi telefon pintar.

Rata-rata pemandu teksi yang ditemui melahirkan rasa kecewa dan menyifatkan kegiatan kenderaan persendirian mencari pelanggan menggunakan teknologi itu menutup periuk nasi mereka.

Pemandu teksi Mohd Jani Kamis, 48, berkata, ini menyebabkan sebahagian pemandu teksi tempatan kehilangan 50 peratus pendapatan kerana khidmat teksi sapu itu menawarkan tambang sehingga 40 peratus jauh lebih murah.

“Kadar dikenakan memang rendah contohnya dari bandar Klang dikenakan bayaran RM10 dengan teksi bermeter, tetapi kalau menggunakan kenderaan ditempah menggunakan aplikasi telefon pintar, penumpang perlu membayar RM3.

“Situasi itu menyebabkan kami kadangkala hanya memperoleh RM10 hingga RM30 sehari kerana kebanyakan pelanggan cenderung memilih perkhidmatan berkenaan untuk ke destinasi masing-masing,” katanya.

Menurut Mohd Jani, teksi sapu lebih digemari pengguna kerana mengenakan tambang perjalanan murah, tetapi perkhidmatannya berisiko.

Katanya, ini kerana pemandunya tidak mempunyai lesen operasi sah dan juga insurans kepada penumpang jika berlaku kecelakaan jalan raya.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 6 September 2015 @ 5:09 AM