Mahkamah Tinggi, di sini, semalam menetapkan 9 September ini untuk mendengar semula rayuan pemandu teksi, Chew Siang Chee bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana memiliki pistol dan peluru hidup berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi.

Hakim Kamardin Hashim menetapkan tarikh itu selepas kes disebut semula di hadapannya.

Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin dan peguam Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Chew.

Dalam prosiding semalam, Wan Shaharuddin memaklumkan bahawa pada 19 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan memerintahkan supaya Mahkamah Tinggi mendengar semula rayuan Chew terhadap sabitan dan hukumannya itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Ogos 2015 @ 5:18 AM