Mahkamah Tinggi diberitahu pemandu teksi Chew Siang Chee yang disabitkan memiliki pistol dan empat peluru hidup berhubung kes pembunuhan pengasas Kumpulan Perbankan Arab-Malaysian (Ambank) Hussain Ahmad Najadi mempunyai pengetahuan dalam pemilikan senjata api itu.

Timbalan Pendakwa Raya Wan Shaharuddin Wan Ladin berhujah perbuatan tertuduh menunjukkan lokasi pistol dan peluru membuktikan hanya dia mengetahui tempat itu.

“Lagipun pintu peti surat itu berkunci, jika tidak berkunci mungkin boleh kita katakan dia tidak tahu perkara itu (pistol dan peluru).

“Oleh itu, saya memohon mahkamah menolak rayuan tertuduh dan mengekalkan sabitan terhadapnya,” katanya dalam hujahan di hadapan Hakim Kamardin Hashim, berhubung rayuan Chew bagi mengetepikan sabitan dan hukuman penjara kerana memiliki pistol dan peluru hidup. - BERNAMA

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 September 2015 @ 5:58 AM