EZAD (tengah) bersama isterinya Nor Azeana Ramli, 37, di  Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
EZAD (tengah) bersama isterinya Nor Azeana Ramli, 37, di Mahkamah Majistret Selayang, semalam.
Oleh Nor Azura Abdul Jalil

Selayang : Bekas vokalis kumpulan Exist, Ezad Lazim didenda RM3,500 oleh Mahkamah Majistret di sini semalam atas dua pertuduhan masing-masing memiliki dan mengambil dadah jenis syabu , November tahun lalu.

Majistret Nurul Izzah Hasan Basri menjatuhkan hukuman itu terhadap Ezad atau nama sebenarnya, Mohd Rohaizad Mohd Lazim, 36, selepas dia mengaku salah terhadap kedua-dua pertuduhan.

Selain itu, mahkamah turut memerintahkan Ezad menjalani pengawasan dibawah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) selama dua tahun.

Ezad juga berdepan hukuman penjara sembilan bulan sekiranya gagal membayar denda itu.

Mengikut pertuduhan, Ezad didakwa terhadap pertuduhan pindaan iaitu memiliki satu peket lut sinar berisi syabu seberat 0.62 gram di kawasan Kompleks Beli-Belah Selayang Mall, Selayang Utama, dekat sini pada jam 1.30 petang, 19 November 2014.

Bagi pertuduhan itu, penyanyi yang popular dengan lagu Jesnita itu didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 12(3) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM100,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 11 Februari 2015 @ 10:28 AM